Tuesday, February 7, 2012

AYAM KUZI

Hari ni aku nak berkongsi dgn korang resepi Ayam Kuzi. Actually aku bukannya pandai sgt masak..takat ikut buku tu boleyla..hehehe...Keinginan untuk memasak dan mencuba pelbagai resepi ni terjadi sebenarnya sebab aku da boring asik masak benda yang sama je..kalu g makan kat kedai pon, itu je lauk pauknyer...heheh...Lagipun, kata orang tua, kalau nak tambat hati suami, kena lah tambat perutnye jugak...ehhee...Jadi xsalah rasanya kalu kita belajar masak macam2 kan? heheh..oklah, da panjang ni nanti resepi kemana aku ke mana..so korang jenguk2 la resepi kat bawah ni ye....kalu rajin, cubala...resepi ni aku dapat dr majalah RASA...heheheh..:)

AYAM KUZI


Bahan A:

1 ekor ayam
6 ulas bawang putih (dikisar lumat)
3 cm halia (dikisar lumat)
Garam, lada sulah, gula secukup rasa

BAHAN B:

2 batang kulit kayu manis
4-6 kuntum bunga cengkih
3 tangkai cili kering (dikisar lumat)
15 biji lada hitam (dikisar lumat)
1 sudu teh jintan manis (dikisar lumat)
1 sudu teh jintan putih (dikisar lumat)
1/2 sudu teh serbuk buah pala
3 cm halia (dikisar lumat)
3 cm lengkuas (dikisar lumat)
1 batang serai (dikisar lumat)

BAHAN C:

4 sudu makan sos tomato
450 gram minyak sapi
200 ml susu cair
12 ulas bawang merah (goreng dan kisar lumat)
12 biji tomato (potong dadu)
Jus limau dari 2 biji limau
Kismis dan badam untuk hiasan
Minyak masak

CARA-CARA:

1. Gaul kesemua Bahan A hingga rata dan sebati. Perap selama satu jam.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng perapan ayam hingga keperang-perangan. Ketepikan.
3. Menggunakan sedikit lebihan minyak menggoreng ayam tadi, tumiskan Bahan B yang dikisar dan 
    selebihnya hingga wangi.
4. Masukkan pula Bahan C dimulai dengan sos tomato, minyak sapi, bawang goreng, susu cair, jus limau dan
    ayam goreng tadi. Didihkan hingga semua bahan masak dan sesuaikan rasanya.
5. Angkat dan hidangkan di dalam pinggan, taburkan dengan bahan hiasan.

Itu saja, selamat mencuba..:)

1 comment: