Friday, November 4, 2011

KETAM BATU VS KETAM NIPAH

Aku tulis post ni sebab ada yang keliru antara ketam batu & ketam nipah/bakau. Jadi aku pon selak2 la kt website. So ini adalah kesimpulan yang aku dapat. Kat sini ada aku sertakan pic kedua2 jenis ketam supaya senang dibezakan antara ketam batu & ketam nipah.

Actually alkisahnya macam ni...ada sedikit kekeliruan passl ketam ni di kalangan orang2 di sekeliling aku  yang membuatkan aku pon waswas gak. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan, aku tanyalah bapak aku ketam mana blh makan & ketam mana yg takleh makan. Menurut bapak aku ketam yg takleh makan tu badan dia bulat xde tajam2 tu...legaa hati aku....hehehhe...tp disebabkan masih tak puas hati, aku cari lagi kat internet...jadi inilah hasilnya...tapi kalu korang nak lagi jelas, tanyalah yang lebih pakar...hiihihi..:D

Kite tengok ketam nipah/bakau dulu...


Ni ketam bakau...orang Semenanjung panggil Ketam Nipah.

Now, saya persembahkan ketam batu plak...:D


Lain kan?? Ketam batu ni serupa sangat dengan labah2 kan? Aku ni tak suke labah2. Jadi gambar ni sedikit sebanyak menegakkan bulu tengkuk aku...huhuhu...tapi aku tabahkan hati jugak sebab nak tunjuk perbezaan dua ekor ketam nih...

 La ni plak, kiter tengok perbezaan dia ek..korang bandingkan dengan pic ketam kecik 2 ekor tu...Pic ni aku jumpe kt blog orang lain. Maaf ye tuanpunya blog..ini je gambar terbaik yg saya jumpe..:)

1. Ketam nipah / bakau ni bernafas menggunakan insang...kalau cengkerang di buka, akan terdapat insang lembut kat tepi kiri-kanan. Ketam nipah ni boleh hidup tanpa air selama 2 hari je...sebab bila insang kering, dia akan mati...ketam batu plak takde insang ni. Ketam batu seperti katak dan reptilia dua alam, bernafas menggunakan paru2. So, ketam batu boleh hidup berminggu kat darat. Atas dasar biologi inilah beberapa fatwa dikeluarkan bahawa ketam nipah / bakau halal bagi umat Islam manakala ketam batu haram. Boleh le korang rujuk mana2 website agama untuk mendapatkan fatwa ini.

2. Kaki belakang sekali ketam nipah / bakau ni berbentuk leper untuk tujuan berenang, kerana ia hidup dalam air. Manakala ketam batu tidak memiliki kaki sebegini. Kaki terakhir ketam batu sama seperti kaki yang lain (tajam) untuk membolehkannya hidup di darat. Sebab tu juga ketam batu ni kalau kat Sabah pandai panjat pokok kelapa! Manakala satu perbezaan lagi ialah matanya. Mata ketam Nipah / bakau ni pendek seperti ketam bunga atau kat sabah kita panggil ketam suri. Ketam batu pula memiliki mata panjang seperti wiper kereta yang terlipat di sebelah kiri dan kanan. Kalau kat darat, mata ketam ni akan terlipat. Tetapi ketika berada di air, mata ni akan keluar kalau di air cetek (badannya dalam air...mata ni akan keluar dari air...macam teropong kapal selam...tujuannya meninjau makanan dan musuh. Mata ni kalau ketam batu dewasa berukuran lebih kurang 2-3 inci....

3. Rujuk gambar ni..
Godek punyer godek kat internet, akhirnye aku jumpe la pic2 ni. Maaf ye tuan punya blog...ihihih....

Abis tu, bila da tgk ni, apa lagi jomla kiter pekena dulu...



Ni jela yg dapat aku kongsikan kali ni...kalu ada info lain, nnt aku akan update lg ye...selamat membaca...tatatititutu....:D

6 comments:

  1. anies mtk share info ttg nie yea...

    ReplyDelete
  2. ketam nipah memang boleh makan cuma harga nye je buat org tak tahan...mahal beb. ketam batu memang tak leh makan, boleh ting tong org kata. cuma ramai org tersilap menganggap ketam nipah tu ketam batu.

    ReplyDelete
  3. betul tu ramai yg tk th dn terus kate tk boleh mkn..psl info tk ade.aku org selangor kje kt kl kwin dgn org manjung yg rate2 tgl tepi laut .aku yg br nk knl ape tu ketam npah terus psg tangkui dpt juge la 3 kilo size 600gm sekor .mlm nye aku suh bini aku masak mase mkn aku sorang je mkn depa tk ratah pn gare2 was2 psl ketam nipah ..bile search kt info mcm ni br la lega di tmbah dgn jawapan ustaz uia ..hhuh hri2 mkn ketam

    ReplyDelete
  4. sama la...sy dulu pon pnh waswas gak hiihih

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Cuba dengar cakap ust Azhar idrus pula di you tube. Dia cakap tak boleh makan ketam nipah.

    ReplyDelete