Hai..selamat bertemu kembali ye kawan2...so kali ni aku nak kongsi lak perjalanan hari kedua aku di Krabi Island ni..jom jenguk jom..
DAY 2: 2 FEBRUARY 2013 (SATURDAY)
HOTEL - PHI PHI ISLANDS SPEED BOAT TRIP - AO NANG BEACH - HOTEL
Hari ni aku nak bawak korang pusing2 di kepulauan Phi Phi. Trip ni kos dia dalam 1800 baht satu kepala untuk dewasa & 1200 baht untuk kanak-kanak. Awal2 dulu kitorang memang tak booking untuk trip ni..tapi kitorang booking dengan si Rachaan, tourist guide yang jemput kitorang kat airport semalam. Pagi-pagi lagi dalam pukul 8.30 pagi..ingat ye waktu Thailand ye...hehehe...lepas breakfast, kitorang dijemput oleh tuk tuk bersama dengan beberapa lagi pelancong-pelancong mat saleh yang lain..ada sorang anak mat saleh ni taknak dok dengan bapak dia..dia nak jugak dok tepi kat pintu...so kena la husband aku pujuk dia dok kat pangku. sanggup tu dok kat pangku asalkan dapat duk tepi...ihihihih..comey kan budak tu....
Untuk tujuan ni korang tak perlu bawak barang banyak2..cukup sekadar pakai siap2 baju tuk mandi, jgn lupa bawak topi, sun block creme, camera dan towel..macam kat hotel yg aku tinggal tu, dorang memang da sediakan beg & towel untuk aktiviti macam ni..so xyah nk risau pasal towel or bag..ehehe..best kan? heheheh..sori terpanjang plak...sambung balik ek....tuk tuk ni bawak kitorang g kat tempat naik speed boat tu kat Ao Nang Beach tu je..kat situ aku tengok ramai gakla yang join trip ni..ada yang ikut trip 4 islands tour dan ada gak yang nak ke Hong Islands. Dekat setengah jam gak la kene menunggu kat situ. Untuk ke Phi Phi Islands ni kitorang diminta naik boat no.4. Besar gak bot tu..ada 5 enjin. Agak ramai gak la..lebih kurang dalam 30 orang..Perjalanan ke Phi Phi Islands ni mengambil masa selama 45 minit.
Untuk tujuan ni korang tak perlu bawak barang banyak2..cukup sekadar pakai siap2 baju tuk mandi, jgn lupa bawak topi, sun block creme, camera dan towel..macam kat hotel yg aku tinggal tu, dorang memang da sediakan beg & towel untuk aktiviti macam ni..so xyah nk risau pasal towel or bag..ehehe..best kan? heheheh..sori terpanjang plak...sambung balik ek....tuk tuk ni bawak kitorang g kat tempat naik speed boat tu kat Ao Nang Beach tu je..kat situ aku tengok ramai gakla yang join trip ni..ada yang ikut trip 4 islands tour dan ada gak yang nak ke Hong Islands. Dekat setengah jam gak la kene menunggu kat situ. Untuk ke Phi Phi Islands ni kitorang diminta naik boat no.4. Besar gak bot tu..ada 5 enjin. Agak ramai gak la..lebih kurang dalam 30 orang..Perjalanan ke Phi Phi Islands ni mengambil masa selama 45 minit.
Destinasi pertama yang disinggahi ialah Bamboo Island. Kitorang dimaklumkan bot akan berlabuh di pulau ni selama satu jam..jadi dalam sejam tu korang boleh buat sesuka hati korang..nak mandi ke, berenang ke, lepak2 ke ..pape je la..Tourist guide kitorang kali ni namanyer Tony..menurut Tony ni, dulu pulau ni memang banyak pokok buluh tapi sekarang tinggal beberapa batang je sebab banyak di tebang oleh penduduk tempatan tuk aktiviti perniagaan. dan Bamboo Island ni pon sudah diletak dibawah kawalan pihak National Park Thailand. Pulau ni memang cantik. Pasirnya putih bersih, air plak menghijau ala2 mauritius...dan tak de sebarang accomodation seperti hotel atau restoran...yang ada cuma meja2, bangku2 dan khemah2 untuk aktiviti perkhemahan.
Lepas tu, kitorang di bawa plak ke Hin Klarng untuk aktiviti snorkelling. Airnye jernih giler dan banyak ikan yang cantik2...tapi aku just tengok dari atas bot je la...sbb aku mmg tak berani dengan air laut ni..heheh..cuma husband aku je yang cuba2 snorkelling tp sekejap je sebab air dalam sangat katanya...heheheh..peralatan snorkelling ni kalo hilang kene bayar denda 1500 baht...aku plak dengan selamba jer tinggalkan alat tu kat mana2 tah sbb husband aku tak bagitau yang benda tu kene tulis bilangan masa ambik...kat sini penumpang diberi peluang untuk aktiviti ni selama 40 minit sebelum meneruskan perjalanan ke pulau seterusnya.
Seterusnya kitorang dibawa ke Maya Bay...tapi sebelum tu si Tony bawak kitorang pusing2 dulu tengok Viking Cave untuk sekadar sightseeing je...
Viking Cake ni sebenarnya adalah tempat orang ambil sarang burung dan dalam gua ni plak terdapat lukisan2 dinding oleh orang-orang zaman batu dulu. Juga sekadar sightseeing di Pileh Bay...sangat cantik...Then, kitorang meneruskan perjalanan ke Maya Bay.
Maya Bay ni memang popular sebab pernah dijadikan lokasi penggambaran untuk filem The Beach..aku pon tak ingat citer yang mana satu sbb rasanya tak pernah tengok filem ni..katanya lakonan Leonardo Dicaprio..lepas ni nak carilah filem ni...hehhehe.. kat Maya Bay ni kitorang dibenarkan untuk buat aktiviti2 bebas selama 45 minit...kat sini pon tak banyak gambar bersama husband sbb kitorang cuma datang berdua je.. jadi asyik2 aku amik gambar dia, dia amik gambar aku...huhu..cuma ada beberapa keping je la ada aku mitak tolong sapa2 yang lalu lalang kat situ. Termasuk sorang minah yang aku kenal masa atas bot tadi tu. Cikgu kat Bangi..nama dia Za..lupa lak nak mitak nama fb dia..huhuhu..
Lepas tu, bila da naik bot, sume orang da lapar..dan si Tony membawa perkhabaran gembira untuk perut kitorang yang dah mula menyanyi lagu keroncong nih...makan time....kitorang dibawa makan kat Phi Phi Don Island. Segala makan minum, snorkelling tu dah termasuk dalam pakej trip tu..so tak payah nk susah2 bawak makanan sendiri..buat berat beg je...hihi..Makanan nyer sedap gakla..ada tomyam seafood, sayur campur, ayam tiram ke kicap tah, ikan ala-ala fish & chip dan spaghetti. Boleh tahan gakla makanan dia..Pasal halal xperlu dirisaukan sebab restoran ni memang disediakan oleh peniaga Muslim. Banyak gakla yang masuk kat perut kitorang haritu...nak2 original tomyam from Thailand. hehehe...
Kat Phi Phi Don Island ni jugak ada disediakan satu kedai kecik yang menjual souvenir. Tapi kitorang tak membeli pon..sekadar jeling2 je..hehehe..lepas makan, kitorang p dok lepak kat bawah pokok depan pantai tu sambil layan tengok minah saleh berjemur...memang cuci mata la orang2 laki kalo datang tempat2 macam ni kan? huhuhu...untuk sesapa yang nak berehat sebentar or santai2 tepi pantai tu, bangku2 ada disediakan dengan bayaran 40 baht...sambil tu layan eskrem roti dulu...
Pengembaraan diteruskan ke Monkey Bay untuk aktiviti bebas termasuk snorkelling lagi sekali..kali ni bot parking lebih dekat dengan pantai...so kiranya cetek sketla air dia...bolehla husband aku nak snorkelling tanpa pakai life jacket..aku memang tak la...sekadar jadi penonton setia encek husband jer...ehhehe..kitorang lepak kat sini lebih kurang sejam gakla sebelum bertolak balik ke pantai. Masa kat sini la baru aku teringat alat snorkelling aku tah kat mana aku letak..cari punya cari memang takde kat beg aku...lupa kat mana aku taruk..risau gak takut kene bayar..hahah..last husband aku p cakap dengan si Tony tu..bagitau dia yang lupa letak kat mana tapi masih dalam bot..nasib baik si Tony tu ok je sbb aku kompom benda tu masih dalam bot...selamat aku..hiihihih..
Dalam perjalanan balik tu, bukan main laju lagi pilot bot tu bawak..sampai basah baju n muka kitorang kene percikan air laut yang masuk dalam bot. Husband aku dengan beberapa lagi kenalan baru bukan main suka lagi termasukla minah saleh ni..seronok kena lambung...uhuhuh..
Kitorang dok kat seat belakang sekali dekat dengan enjin..so sronokla sket...Dalam perjalanan balik tu kitorang di jamu dengan buah-buahan tempatan tembikai dan nenas...manis..maybe sebab da lapar kot..ahaha.. Kitorang selamat sampai kat Pantai Nottharattara lebih kurang pukul 4.30 petang. Sepatutnya sampai pukul 4.00 petang...sebab tu pilot tu pecut tadi...hahahah..
Pantai ni memang kene tsunami dulu. Siap ada papan tanda Tsunami Hazard Zone lagi.Tapi kesan tsunami tu memang da tak nampak pon. Tapi sori la aku tak sempat nak snap pic kat sini sebab takut kene tinggal dengan tuk tuk kitorang..heheh.. Pilot tuk tuk memang dah sedia menunggu untuk bawak kitorang balik hotel.
6.00 petang, kitorang da ada kat pantai Ao Nang sekali lagi...saja jalan2 cuci mata..
Sambil jalan sambil cari2 makanan untuk isi perut yang da lapar balik..hiihih..Kat sini tak susah sangat nak cari makanan halal sebab banyak jugak peniaga yang beragama Islam. Cuma yang tak bestnyer ialah kebanyakan restoran yang agak2 cantik sket tu memang dipaparkan senarai makan berserta logo halal tetapi kat dalam bersusun botol beer..dari luar je da boleh nampak...ada gak yang pekerjanya pakai tudung dan Muslim. Itu yang membantutkan niat kitorang. Oleh sebab nak cari yang betul2 halal dan takde botol2 beer dalam kedai, kitorang jalan2 lagi sampai jumpa kedai ni. Jamai Restaurant..
Tengah2 lepak makan tu, datangla satu group ni..kenal masa dalam bot siang tadi..diorang pon lepak situ gak makan. Abang Burhanuddin, Abang Naim & Wary...Lepas makan, borak2 jap then masing-masing cabut meneruskan rayauan masing-masing...korang memang best! weeeeeee....:p
Masa pusing2 tu kitorang tapau pancake pisang, pancake mangga dan pancake telur kat gerai Pakcik Ali ni. Seme sekali 130 baht utk 3 keping pancake tu. Mula2 tak perasan harganya. Bila tgh tulis citer ni baru aku perasan harga pancake dia tu macam mahal sket. Kata husband aku harga lain2 sebab perisa lain2..hhuhu..biarlah..da selamat da pon..hehehe..Pakcik Ali ni asal dari Hatyai dan boleh berbahasa Melayu. Kitorang tanya dia pasal Tsunami di Krabi. Katanya, Krabi tak teruk sangat macam Phi Phi Island..masa kejadian tu dia ada kat rumah..ohhoohoh...terus terbayang gambar2 yang aku tengok kat umah pokcik Google..huuhuh..
Penat pusing2 and posing2, kitorang balik hotel. Sebelum balik hotel tu, sempat lagi singgah kat gerai kat simpang hotel kitorang tu. Husband aku tapau coffee latte dan nasi goreng seafood. Makan kat hotel sambil layan bola sampai zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....
Tamat untuk hari kedua..untuk hari ketiga merangkap hari terakhir di Krabi, sila ikuti entri seterusnya.
wahhh bestnye pergi phi phi island
ReplyDeletehehe...sekali sekala dik :)
ReplyDeletehi... sy baca blog awk as reference utk ke krabi =) kalau free2 meh la jengok blog sy
ReplyDeletehi awak...saya harap apa yg dikongsi ni berbaloi untuk awak dan kawan2 lain juga. Maaf lambat reply :)
Delete