Monday, February 6, 2012

DAPURKU BERASAP..:)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kuucapkan padamu kerana sudi membelek2 blog ku...heheheh....hye kwn2...agak lama rasanya aku x update blog aku ni...busy sket lor..so di kelapangan hari ni cuti ke3 sempena maulud nabi SAW, (anak2 pon tgh tido)..hari ni aku nk share beberapa masakan yg telah aku belajar sejak da naik pangkat jd bini org, mak org ni...heheh...kata org nampak menyelerakan..rasanya apatah lagi...hahahah...mehla kita nikmati pemandangan yang mungkin menggegarkan perut korang...hahahaha..hari ni aku nak share resepi Ayam Bakar Mayonis & Ikan Singgang, masakan tradisional tanah tumpah darahku, Kelantan...harap2 dapat memberi info pada yang baru berjinak2 dlm dunia chef mcm haku ni...tp aku chef tuk husband n anak2 je boleyla....hihiihi..Jemput la terus membaca ye kengkawang...:)

P/s: Cuma satu je pesanan aku, sukatan tu korang kena agak2 sendiri la yer sebab aku pon main agak2 je. Sebab tu aku x letak sukatan untuk semua bahan2 tu. Kalu buat kek atau kuih, baru aku ikut sukatan yang ditetapkan. Hehehehe....Jangan marah yer...:)

IKAN SINGGANG



Bahan-bahan:

Ikan ( apa2 ikan boleh tp yg paling best ikan tongkol)
Bawang putih (Hiris..kalo malas, ketuk je..hihi)
Lengkuas (Hiris)
Gula Melaka
Cili besar
Cili api (kalo nak pedas)
Asam keping
Garam secukup rasa

Cara Masak:

1. Bersihkan ikan dan toskan.
2. Sediakan air di dalam periuk. Masuk bawang dan lengkuas. Biarkan mendidih.
3. Bila dah mendidih, masukkan ikan, dan cili besar.
4. Masuk plak gula melaka, asam keping dan garam. Rasa la cukup x masam & masinnya. Kalo nak pedas, 
    tambah ler cili api tu..
5. Agak2 ikan dah masak, tutup ler api nyer..Siap daaa..
6. Apa lagi, makan laaaa...


AYAM BAKAR MAYONIS



Bahan-bahan:

Ayam
Lada sulah
Serbuk kari ayam
Serbuk kunyit
Sos cili
Mayonis
Garam
Serbuk cili (kalu nak pedas)

Cara-cara:

Yang ni senang jer...Campur semua bahan2 tu. Perapkan sekurang2 nya selama 1 jam. Lepas tu bakar la sampai masak...ehhehe..


SOS LADA HITAM

Bahan-bahan:

Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Lada hitam (ditumbuk @ dikisar halus)
Sedikit air
Garam secukup rasa.

Cara-cara:

1. Masak semua bahan-bahan ni dalam kuali sehingga sebati. Bila korang rasa dah sedap, bolehla diangkat dan dihidang dgn ayam bakar tu..


Sekian dulu tuk hari ni. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera..
















No comments:

Post a Comment