Tuesday, August 13, 2013

AIDILFITRI KORANG OK @ KO? SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN..


Assalamualaikum wbt...sudah seminggu raya berlalu...rasanya masih belum terlewat utk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada korang semua yang mengenali aku sama ada di alam realiti mahupun di alam maya ini...

Tahun ni merupakan satu pengalaman baru bagi aku kerana buat pertama kalinya aku dapat berpuasa dan merasai suasana malam raya juga raya pertama di tanah kelahiran suami walopon telah 4 tahun kami melayari bahtera hidup bersama...pelik ker? Takkan? hehehe..sbb baru kali ni husband aku tak bertugas di hari raya pertama...so yg excitednye sbb aku dapat gak rasa bersahur kul 4.00 pagi n berbuka puasa kul 6.30 petang...lg satu dapat gak merasai suasana raya di Sabah bersama-sama keluarga suami yg lain yg sememangnya sangat ramai itu...kemeriahannya mmg terasa...termasukla kepenatan melayan para sanak saudara dan tetamu yang berkunjung...pendek kata penat tapi menyeronokkan...tp yang ni aku akan kongsikan kemudian aja ya...kali ni aku nak kongsi hal yang lain dulu...:)

Okla...actually sebenarnya ada beberapa perkara yang aku nak kongsikan dengan korang sempena Hari Raya ni...aku baru saja terbaca satu artikel dalam majalah ANIS September 2013... ujian Aidilfitri..OK @ KO? Aku agak tertarik dengan topik yang diketengahkan...meh aku kongsikan sikit ye...kalo nak yg details kene le beli...hehehe

AiDiLfItRi YaNg Ok Dan Ko!

1. Bersederhana

Kite perlu sentiasa bersederhana walaupon disuruh bergembira. bersederhana ni termasukla dalam berpakaian, pergaulan, perhiasan rumah, penyediaan makan dan sebagainya... Tujuan kite berpuasa adalah untuk kita merasai kekurangan dan kesulitan orang yang tidak berkemampuan. pendek kata tak perlu la nak over sangat...contohnya baju ngalahkan artis, sibuk nak menukar perabot baru semata2 sebab raya sedangkan yang sedia ada masih elok lg. takut dikhuatiri menjadi riak nanti..bila da riak dan ada rasa nak menunjuk2 tu yang jd KO....hehehe...

2. Istiqamah Amalan Ramadan

Istiqamah tidak semudah menyebutnya tetapi sekurang-kurangnya kiter perlu berusaha ke arah itu supaya kehidupan kite lebih berkat..sapa yang taknak hidup sentiasa diberkatiNya kan? Jadi sama2 lah kiter berusaha menerapkan amalan2 terpuji yg kita amalkan masa pose dulu ke bulan2 sesudahnya..

3. Menjauhi Dosa

Kesilapan yang biasa kite buat semasa beraya....perasan x? 

1. Aurat: Jika diperhatikan kebanyakkan kiter kurang menjaga batasan aurat bila semua da berkumpul ramai2 kan? Ramai yg pakai baju yg menarik perhatian, nipis @ ketat. Kdg2 tudung pon ala2 je kan? tu maksudnya raya kita da jadi KO...Aku pon ada gak macam tu dulu2...sepatutnya aurat wajib dijaga setiap masa tak kira di mana pon kita...aurat dgn sepupu, abg ipar, adik ipar, juga ahli keluarga lain...pendek kata yang bukan muhrim la...bab ni aku pon masih berusaha utk wat yang terbaik..mudah-mudahan bertambah baik lg di masa akan dtg..

2. Bersalaman & Ziarah Menziarahi: Masa ni mmg sumer org akan sibuk hulur tangan nak salam kan? Sampai kdg2 kiter terlupa yang bersalaman dgn yg bukan muhrim sebenarnya adalah haram. Kesalahan yg biasa selalunya bersalaman dgn sepupu, ipar duai, guru dan org yg lebih tua...yang ni pon aku masih cuba mengurangkannya gak...selalunyer bila berdepan dgn org yg bukan muhrim aku tak hulur tangan dulu kecuali kalo org tu yg hulur dulu...itupon aku sambut dengan serba salah sbb hormatkan dia..tp tu la...aku masih cuba memperbetulkan bende nih...tapi bab2 ni kdg2 ramai gak yang tak faham or buat2 tak tau....hohoho..

Slalunya bila time raya ni kite akan amik peluang tuk keluar beraya bersama kawan2 kan? Hingga kdg2 tu kite terlupa nak menjaga adab dalam pergaulan kita dengan kwn2 lelaki dan pompuan. Nak2 bila da bergelak ketawa, bergurau senda tu mmg ada yg lupa dah bertepuk tampar lelaki pompuan...tu yg tak boleh tau..

3. Meninggalkan Solat: Haa..ni sebab dah syok sgt beraya sampai lupa nak solat..xpon slalunya kite akan lewat2kan solat..tak boleh tau...solat tu kan wajib :)

4. Mencemarkan Kubur: Islam tak larang kita menziarahi kubur tetapi adab perlulah dijaga. Sepatutnya kene la menutup aurat, tidak mengotorkan kawasan kubur, tidak melangkah kubur orang lain & tak duduk atas kubur org lain ketika baca doa atau Quran..tp selalunya aku tengok ada yang selamba je dok kat atas kubur org lain..aduyai...so bila da tau ni, jgnla kiter wat lg yer...

5. Tidak Menyegerakan Puasa Enam: Tujuan puasa enam adalah untuk memberi ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan kiter jugak...takder la terkejut kene keje teruk masa raya lepas perut kiter berehat di bulan ramadan dulu.Setiap yang Allah buat tu kan mmg bersebab dan ada hikmah yang tersendiri...aku pon belum start lg pose 6 ni..harap2 bolehla dibuat secara peransur2 nanti...hehehe..