Friday, January 20, 2012

SAHABAT @ KAWAN @ TEMAN

Tulisan ini ditujukan khas untuk semua para sahabat yang berada di sekeliling saya yg amat saya hormati, tidak kira siapa, pangkat ataupun usia kamoo......juga sebagai panduan kepada diri sendiri...:)

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya". -Saidina Ali r.a-

Ciri-ciri kawan yang baik:

1. Taat kepada perintah Allah
2. Baik budi pekerti dan bersopan-santun
3. Sentiasa mengamalkan sikap terpuji
4. Tidak mendedahkan keburukan kawan
5. Berlapang dada menerima teguran atau nasihat kawan
6. Sentiasa mendorong untuk melakukan kebaikan

Cara beradab dengan kawan;

1. Sentiasa memberi salam dan mendoakan kebaikan ketika bertemu & 
    berpisah
2. Menghindari perbuatan atau percakapan yang menyakiti hati
3. Saling nasihat menasihati ke arah kebaikan
4. Jujur & ikhlas dalam persahabatan
5. sentiasa bersangka baik dgn kawan



Kelebihan berkawan dengan orang baik:

1. Mendorong melakukan perkara kebaikan
2. Dapat mencontohi kebaikannya
3. Dapat mencegah diri daripada melakukan perbuatan mungkar
4. Mendidik jiwa menjadi baik dan taat kepada Allah



Bersama-samalah kita berdoa supaya kita sentiasa dikelilingi oleh orang2 yang yg dapat membimbing kita sebaiknya...

Monday, January 16, 2012

CIRI-CIRI PAKAIAN DALAM ISLAM

Hye uols..sudah agak lama aku x berkongsi cerita di sini kan? Bukan malas tapi masa benar2 tidak memberi aku peluang untuk bersama korang kt sini... almaklumla byk pecahan yg ada dlm 24 jam aku seharian...time aku menulis ni, aku masih lg berada dlm ruang pencarian nafkahku..di opis smbil melayan Wanita Hari Ini di TV3.. kebetulannya topik hari ini adalah Gaya Tudung Hana Tajima & Fesyen Cheongsam Menjelang Raya Cina. Bila tengok Cheongsam ni, da lama aku rasa nk pakai baju tradisional kaum tionghua ni tp apakan daya belum lg jumpa yang bersesuaian dgn mata & poketku..nk beli yg cantik of course la harganya pon cantek gak kn? Jrg sgt terjumpa yg berbaloi2...heheh..

Dlm pada dok melayan dorang ni...terpikir lak tuk berkongsi ilmu mengenai ciri pakaian dalam Islam.. Terdetik dlm hati..sempurnakah auratku ditutup?  Mampukah pakaian ini melindungiku? Adakah berfesyen dibenarkan dlm islam? Islam itu indah dan mudah. Jadi sudah semestinya Islam menyukai kecantikan. Namun dlm Islam, tetap ada peraturan & syarat yg perlu diikuti. Bukan untuk menyusahkan penganutnya tetapi untuk memelihara ketinggian martabat & kedudukan seorang wanita yang dianggap mulia dlm Islam. Juga untuk melindungi wanita dari pandangan2 jahat manusia yang dlm hatinya bertunjangkan nafsu. Sementelahan lg di zaman ini kebanyakan dr kita imannya sekadar senipis kulit bawang. 


Hari2 kita nampak org pakai atau kite sendiri pon pakai kan..baju da cantik labuh menutup punggung tp syg nya kain plak jenis yg melekap..lembut mengikut alunan body..blm lg yg panjang menutup tp sendat.. huhuhu.. masihkah itu dikira menutup dgn sempurna kiranya segala keindahan lekuk kita dapat dinikmati oleh mata-mata yang tidak sepatutnya? Seringkali jugak kita tgk atau pakai.. manis bertudung, berhijab tp lengan putih gebu plak terdedah dipandang geram oleh kaum yg buntang matanya..  Aduss.. satu lg titik hitam terpalit dalam catatan amalan kita.. Sayang kan? Aku juga makhluk yang tidak sempurna..timbangan kiriku mungkin lebih berat dari timbangan kananku...Jomla kita sama-sama renung2 kan...:)



Ciri-ciri Yang Ditetapkan Oleh Islam bagi pakaian Wanita:  

1. Hendaklah menutup kawasan aurat. 

    Aurat wanita ialah seluruh badannya kecuali muka dan tangan sahaja yang   
    harus didedahkan mengikut jumhur  ulamak).
2. Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan
3. Tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh
4. Tidak menyerupai pakaian lelaki
5. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq
6. Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan
7. Bukan pakaian syuhrah (iaitu pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh   

    orang lain, yakni untuk menunjulkan perbezaan diri dengan orang lain)
8. Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.

 

Islam tidak menetapkan sesuatu fesyen yang perlu diikuti tetapi terserah kepada kita untuk menentukannya kerana ini termasuk dalam perkara-perkara duniawi yang diberi kebebasan kepada manusia untuk menentukannya. Syarak hanya menetapkan syarat berpakaian seperti yang disebutkan di atas. Fesyen, bentuk dan macammana rekaannya adalah terpulang kepada kita asalkan  masih lagi di dalam garis yang dibolehkan iaitu tidak bercanggah dengan ciri-ciri yang ditetapkan.  
Petikan dr Sini.

Ini juga adalah ciri-ciri yang telah digariskan oleh Sunnah...

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat. 
    Rasulullah saw bersabda ; Telah berkata Aisyah r.a " Sesungguhnya, Asma     
    binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis , 
    Maka Nabi berpaling dan bersabda " Wahai Asma, sesungguhnya apabila 
    wanita ini telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali 
    ini dan ini, sambil" sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak 
    tangannya ". 

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari 
   luar " Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum 
   yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang 
   (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan 
   merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk 
   unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium 
   bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat  
   jauh". (Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit, tetapi longgar atau selesa dipakai. ia 
    menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki 
    dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah Bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata, " Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!" lalu seseorang berkata " Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya. " selanjutnya Umar berkata, " Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak"

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap 
    atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya ( terutamaya   
    pakaian seperti jilbab atau abaya). Menurut Ibnu Kathir didalam tafsirnya 
    pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah 
    berwarna hitam) 

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, 
   demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada                    
   pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki ajnabi. Perempuan yang memakai  
   bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan 
   oleh RAsulullah saw sebagai zaniyah yakni pelacur atau penzina. " Wanita 
   apabila memakai wangi-wangian, kemudian melintasi kaum lelaki maka dia 
   itu begini dan begini iaitu pelacur". (Riwayat Abu DAwud dan Tarmizi) 

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru-
    niru atau menyerupai pakaian lelaki. Telah berkata Ibnu Abbas : " 
    Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-
    wanita yang menyerupai lelaki". (Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian perempuan-perempuan kafir 
    dan musyrik.

8. Pakaian itu bukanlah libasush-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-
    megah, untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

    Petikan dari Sini.

Rupa-rupanyer masih belum sempurna aurat ku ditutup... adusss... huhuuh.. Tak pelah akan ku cuba buat yang sebaiknya...hehehe
Hurmm... semoga kita mendapat manfaat daripada apa yg telah dikongsikan ini. Sama-samalah kita mencari keredhaanNya demi kesejahteraan kehidupan di sana... Amin..