Monday, October 31, 2011

AURAT APABILA BERSAMA IPAR DUAI

Firman Allah dalam surah an-Nur (bermaksud);“Dan janganlah mereka (yakni perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan”. (an-Nur, ayat 31).

Di dalam ayat di atas, Allah melarang wanita-wanita beriman mendedahkan perhiasan dalaman mereka kepada kaum lelaki kecuali beberapa orang berikut;

 
1. Suami
2. Bapa kandung
3. Bapa mertua
4. Anak lelaki kandung
5. Anak lelaki tiri
6. Saudara kandung
7. Anak-anak saudara
8. Sama-sama wanita
9. Di hadapan hamba-hamba mereka
10. Orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
11. Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.



Jadi adik ipar lelaki yang telah baligh tidak termasuk senarai mahram , maka wajib ditutup aurat apabila bersama mereka walaupun di dalam rumah sendiri. Mereka sama seperti lelaki ajnabi.  Wajib memakai tudung dan menutup aurat keseluruhannya.

HUKUM MEMBUAT KENDURI CUKUR RAMBUT

Soalan 05
Apakah hukum membuat kenduri "cukur rambut" anak yang baru di lahirkan dan bagaimana cara sebenarnya yang dituntut dalam Islam ?

Jawapan
Membuat kenduri "gugur rambut" bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan kenduri ini amatlah digalakkan dalam Islam.

Caranya ialah :
Pertama: Niat dan tujuan membuat kenduri ialah bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan cahayamata.
Kedua: Dicukur kepala anak itu kemudian ditimbang rambut anak itu dan kemudian bersedekah dengan emas atau wang sekadar mana dinilai rambut kanak-kanak tadi.
Ketiga: Membuat Aqiqah.(rujuk Soalan 30)
Keempat: Beri nama kepada anak tadi dengan nama-nama yang baik dan mulia

SAMBUT HARI LAHIR: GANTI DENGAN DOA

Umat yang beragama Islam tahu bahawa bangsa Yahudi tidak pernah rasa tenang dan reda atas orang Islam, kerena mereka benar-benar inginkan umat Islam terpedaya atas segala ajakan mereka dalam segenap kehidupan manusia. Ini termasuklah mempengaruhi umat Islam supaya meniru mereka.

Allah SWT yang mengutus Rasul-Nya Muhammad saw telah berfirman yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al-Baqarah: 120)

Allah SWT memaklumkan dan memberi peringatan agar umat Islam berhati-hati atas segala tindak tanduk kaum Yahudi yang sentiasa merancang jahat atas kemusnahan agama Islam. Adapun cahaya Islam tiada kaitannya dengan cahaya lilin, kalau dipadamkan cahaya lilin dengan meniup tidak bermaksud terpadam cahaya Islam.

Allah berjanji akan menjaga cahaya Islam, biarpun golongan yang memusuhi Islam cuba memadamnya, firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (al-Saf: 8)
Cahaya Allah dalam ayat ini bermakna Islam yang sedang berkembang dan akan terus berkembang biarpun ada usaha untuk memadamnya (menghentikan).

Menerusi kedua-dua ayat yang di atas dapat disimpulkan bahawa meniup lilin dan memotong kek tidak seperti yang dimomok-momokkan oleh segelintir penulis.Mungkin cara berfikir sesetengah dari kita yang tidak analis sesuatu cerita dari sudut latar belakangnya, lalu mudah menerima perkhabaran yang belum tentu kesahannya. Apa-apa pun setiap amalan kita bergantung kepada niat.



Budaya potong kek diterima dan diislamisasi dengan tujahan nilai-nilai Islam. Justeru, bagi mereka yang ingin menyambut hari jadi setelah dia memotong kek adalah lebih baik kalau disertai dengan bacaan doa selamat. Adapun nyanyian iringan happy birthday to you ditukar kepada "Allah selamatkan kamu". Seperkara yang perlu diingat ialah tiada acara melalaikan.

Oleh yang demikian, iringan doa adalah lebih utama kerana majlis itu disambut dengan kegembiraan dengan peningkatan usia yang dikekalkan kesihatan dan keafiatan.Walaupun demikian, tokoh dan sarjana Islam, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, menganggap bahawa menyambut hari lahir adalah suatu yang kurang tepat kerana kenapa harus disambut usia yang kian meningkat tua.

Sambutan yang dibenarkan oleh Islam adalah, dengan mengadakan majlis kesyukuran, dengan mengajak orang makan dan lain-lain amalan kebajikan yang lain, dan tiada aktiviti-aktiviti maksiat dalamnya.

Thursday, October 27, 2011

SEPILOK RAINFOREST DISCOVERY CENTER, SANDAKAN, SABAH

Aktiviti jalan2 di Sepilok, Rainforest Discovery Centre. Sandakan, Sabah....jalan ramai2 dgn family...satu hari yg memenatkan tp interesting...masuk hutan, keluar hutan, naik jambatan gantung, panjat tangga menara...fuhhh...penat giler...dukung si Damia lg....tp tak kisahlah yang penting hepi...hiihih..ni ada beberapa pic yg ingin dikongsi bersama...Sesapa yang belum p lg tu bolehla cuba2...
Santai time wif family...yeehaa..
Jangan lupa bayar dulu tau...nnt kena kejar mcm org tue...ihihiihih
Sampai2 je kt RDC tu kitorang terus naik paddle boat ni dulu...teruja...hahah

Beratur nak beli tiket nk masuk RDC ni...18 thn ke atas RM5, 5 thn hgg 17 thn RM2...bolehla...
Antara pemandangan dalam muzium
 Sebelum masuk hutan, posing dulu...
Peace...saya pon ikut tau...ni bekal air saya...:)
Hutan Lipur Sepilok
Jambatan gantung...Dayana suka sgt jalan atas ni...

Sampai da ke puncak Bristlehead Tower...
Kiter minum duluuu...
Destinasi seterusnya...Pusat Orang Utan Sepilok
Suasana yang mendamaikan
1st time tgk orang utan depan mata...tp sayang yg besar x kuar....yg kecik2 je kuar...


Habis daa...lepas je sepilok ni, kitorang terus g rumah makcik lak kat Kg.Tinusa 2. Satu lg perkampungan atas air...nnt ada masa sy upload utk kite kongsi sama2 ek...kla..bye2....jupe lagi...luv u! :)





Friday, October 21, 2011

KEWAJIPAN SOLAT

Di dalam rukun Islam, solat adalah suatu tuntutan yang tidak dapat dikecualikan dalam apa jua situasi sekalipun kerana itulah ia berada di tempat kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Selain dari kalimah syahadah dan solat, perkara lain ada pengecualian. Sebagai menerangkan ini dengan lebih mudah, lihat berdasarkan RUKUN ISLAM:
  1. Mengucap dua kalimah syahadah (perlu untuk masuk Islam, tiada kalimah maka tidak masuk islam. Walhal ana mendengar ustaz di masjid mengatakan bahawa jika seorang yang nak masuk islam mengucap satu kalimah sahaja seperti “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan disembah selain Allah” dan mati sebelum mengucap kalimah kedua maka dia tidak boleh dikebumikan dengan cara Islam. Wallahualam)
  2. Solat 5 waktu (solat 5 waktu adalah kewajipan yang perlu dipenuhi samada kita sihat mahupun sakit, dikala aman mahupun peperangan, dikala mastautin mahupun musafir, kaya mahupun miskin)
  3. Menunaikan zakat harta/badan (zakat dikecualikan kepada orang fakir dan tidak berkemampuan serta pengecualian yang mengikut syarak)
  4. Berpuasa di bulan Ramadhan (puasa di bulan Ramadhan dikecualikan kepada orang yang sakit, tidak mampu, serta pengecualian yang mengikut syarak)
  5. Mengerjakan haji (haji tidak diwajibkan ke atas orang yang tidak berkemampuan dari segi harta mahupun fizikal serta pengecualian yang mengikut syarak)
Solat adalah penting kerana ia adalah penghubung antara makhluk dan Penciptanya yakni Allah. Solat tidak boleh dipandang ringan, kerana itulah kunci solat adalah kesabaran dan kekuatan individu. Seorang mukmin perlu sabar dari dugaan yang boleh melalaikan solat, melambatkan solat (solat di akhir waktu) dan melupakan solat. Ini selaras dengan firman Allah di dalam Al-Quran.
“Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.” Surah Toha, ayat 82.
Malah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda akan kepentingan solat itu sendiri.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat maka dia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkan solat maka dia telah meninggalkan agamanya.”
Ditekankan oleh Allah akan kepentingan solat dan hikmah dari solat iaitu solat menghindarkan diri dari perbuatan keji dan mungkar. Firman Allah di dalam Al-Quran.
“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” Surah Al-An’kabut, ayat 45.
Ibadah solat merupakan nadi kepada kekuatan orang mukmin dan kecemerlangan ummah. Orang yang beriman kepada Allah tidak akan merasai solat itu sebagai suatu bebanan malah ia adalah suatu kewajipan yang tidak susah untuk dilaksanakan dan dilaksanakan dengan senang hati serta tawaduk kepada Allah. Namun, bagi orang munafik, solat itu sangat menyusahkan. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran.
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.” Surah Al-Baqarah, ayat 45-46
Diantara ciri-ciri orang munafik yang digariskan adalah:-
  1. Merasa malas dan berat untuk mengerjakan solat.
  2. Melambat-lambatkan solat dengan sengaja.
  3. Berat untuk melakukan sebarang kebajikan.
  4. Menunjuk-nunjuk apabila melakukan suatu ibadah.
Antara kelebihan orang yang mengerjakan solat dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh ialah:-
  1. Dikurniakan oleh Allah kejayaan di dunia.
  2. Dielakkan dari melakukan kejahatan.
  3. Dilapangkan hati agar penuh kesabaran dan hikmah.
  4. Dikurniakan oleh Allah syurga.
P/S: Seorang intelek yahudi pernah mengatakan bahawa umat Islam akan berjaya menawan Aqsa sekiranya solat Subuhnya sama seperti solat Jumaatnya. Wallahualam.