Hari ni termasuk tah kali ke berapa dah saya naik GrabCar pi keje. Maklumlah kereta yang ada sebijik je. Kalau ada berbijik2 pon belum tentu saya drive. Hihi...Memandangkan hari ni encik asben ada keje di tempat lain, terpaksa saya naik Grabcar bersama askar2 comel saya. Anak-anak lak memang suka kalu dapat naik Grabcar atau teksi. Hahaha...Macam-macam kan..Selalunya naik Grab tak rasa nak share pengalaman naik Grabcar. Tapi hari ni rasa terpanggil lak untuk berkongsi dengan korang ihihih..Jadi, kalu rajin, sudi-sudikanlah baca ye :)
Ceritanya nak balik office lepas hantar anak-nak ke sekolah. Grab dah book tapi agak lama saya kena tunggu. Jalan jem. Mulanya ingat nak cancel tp kang lama lak lagi menunggu. Lepas 15 minit, Grab sampai. MYVi Silver. Seorang pakcik. Umur lebih kurang dalam 50an. Borak-borak dengan dia. Agak peramah tapi pendiam mulanya. First time masuk RTM katanya. Saya tanya dia, Uncle dengar radio apa? Katanya dia dengar radio Cina tapi tak tau stesen apa. Saya gelak kecil. Saya bagitau dia, kami di RTM pun ada juga stesen berbahasa Cina. Aifm. Tapi selalu pemandu Grab yang saya naik, diorang dengar Fly FM. Saya melirik ke sisi. Nampak 89.3. Sah Aifm. Saya senyum bangga.
"Itu stesen radio kita la tu, Uncle. Aifm"
"Oooo ye ke? I ingat ni saja" Merujuk kepada frekuensi.
"Uncle pernah masuk RTM ke?" Saya tanya lagi.
"Tak pernah. Susah kan mau masuk sini"
"Ye Uncle. Tapi kalau kite ada buat program ke apa, yang buka untuk umum, Uncle datangla tengok."
"Ooooo ini bolehla saya tengok dalam sini. Tak pernah tengok dalam ni."
Borak punya borak dah terlepas pintu belakang. Tempat sepatutnya saya nak turun.
"Uncle, berenti sini. Saya nak turun sini."
"Eh mana pintu you mau masuk?"
"Pintu saya dah terlepas dah Uncle. Tu la dok sembang dengan Uncle." Dia gelak.
"Uncle, nanti selalu dengar radio kite Aifm tau."
"Hahaha...ok2..i dengar. I ingat you cakap."
"Tq Uncle. Babai!" Saya berlalu sambil senyum.
Pukul 11 pagi. Keluar lagi amik anak balik sekolah lak. Call Grab. Mintak dia naik ke Wisma Radio tapi tak boleh naik katanya. Sebab memang tak boleh naik sembarangan pun.Hihihi.. Tak pe lah. Saya turun. Naik Grab menuju ke sekolah anak. Sambil tu saya tanya kalau dia boleh hantar saya balik semula ke opis. Dia setuju untuk tunggu. Lepas amik anak, hantar dorang ke taska. Lepas tu baru hantar saya ke Wisma Radio. Memandangkan dia juga kali pertama masuk ke RTM, saya kenalkan dia macam Uncle tadi juga. Di sebelah kanan Wisma Radio. Di kiri Wisma TV. Bla..bla..bla..Dia sedikit teruja bila nampak bangunan Angkasapuri.
"Yang ni je saya tau sebab selalu dok nampak kat tepi hiway, dalam TV." katanya sambil sengih.
"Ye la. Ni la bangunan lejen. Dah berzaman." Senyum sebab saya pon dulu macam tu juga. Teruja bila nampak bangunan tu ihihihi..
Sempat juga promote stesen-stesen radio RTM. Rupanya dia suka dengar ASYIKfm juga sebab lagu-lagunya lain. Satu-satunya stesen radio berbahasa Orang Asli untuk kaum orang Asli di Malaysia. Dengan tagline Moi Num Moi. Lain Dari Yang Lain. Bangga jap sebab dia dengar radio RTM. Hihihiih
"Kenapa suka dengar ASYIKfm?"
"Sepanjang hari bawak Grab, dah boring asyik dengar lagu yang sama berulang kali sehari. Di ASYIKfm lagu-lagu dia lain"
Hurmmm..saya faham sebab saya pon rasa benda yang sama. Lagu yang sama diperdengarkan berulang kali. Kalau lagu yang kena dengan jiwa kite mak-mak ni tak pe gak ihihih...Belum sempat abih sembang, kami dah sampai. Jadi saya bayar tambang dan masing-masing berlalu.
Panjang kan? Hihihiih....Sebenarnya nak bagitau pengalaman hari ni. Macam-macam org kite jumpa dalam hidup seharian. Ada yg positif, ada yg negatif. Tapi terpulang pada kite nak simpan ingatan yang mana. Bertemu 2 pemandu yang agak menyeronokkan buat saya lupa sedikit "rasa kurang best" pagi tadi. Saya sebenarnya suka kalau dapat pemandu Grab yang baru pertama kali masuk RTM sebab saya rasa seronok memperkenalkan RTM kepada umum walaupun RTM memang dah dikenali sejak 72 tahun lalu. Nak-nak lagi di zaman stesen-stesen radio & TV yang tumbuh bagai cendawan ni. Bagi saya itu juga salah satu sumbangan yang terlalu kecil dari saya untuk mempromosikan RTM.
Kepada yang mendengar stesen-stesen radio RTM, dan juga yang menonton saluran-saluran TV RTM, terima kasih saya ucapkan di atas sokongan korang. Moga RTM terus relevan seiring masa. :)
Kepada pemandu-pemandu Grab yang pernah saya gunakan khidmat mereka, terima kasih di atas sikap profesional anda. Yang tak berapa nak profesional tu, saya harap berusahalah sebaik mungkin. Kepada pelanggan-pelanggan lak, bersopanlah ketika kita menggunakan khidmat mereka walaupun perkhidmatan tersebut dibayar. Sama-samalah kita menyantuni satu sama lain supaya hidup kita lebih harmoni dan aman damai.
No comments:
Post a Comment