Wednesday, March 6, 2019

AYAM PERCIK SIMPLE



Assalamualaikum wbt.

Beberapa minggu lepas, tiba-tiba je tekak rasa macam nak makan ayam percik. Tapi tahankan dulu sebab fikir nanti kalau masak macam tak ramai peminat lak menu ni. Hihihih..Hurmm..Last-last tak tahan. Rasa nak makan tu meluap-luap. Ngalahkan orang mengidam hihi.. Weekend lepas, mintak si suami belikan santan dan serai. zappp...laju masuk dapur. 

Maka terjadilah ayam percik saya. Yang nak cuba, bolehla cuba :)

AYAM PERCIK SIMPLE


Bahan-bahan perapan ayam:

Ayam
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Garam

1. Semua bahan ni dikisar. Lumur ayam dengan bahan-  bahan ni. 
2. Kemudian perap sekurang-kurangnya selama 30 minit. 
3. Dah pi main jauh-jauh :p 
4. Bakar ayam sehingga masak. Boleh juga kukus dulu tapi   saya malas nak kerja dua-tiga kali. Jangan tiru ye hiihi. Masa bakar tu, sapu la sikit ayam tu dengan kuah yang dah siap tu. Bagi wangi sikit ayam tu.Dah siap, boleh   makan dengan nasi. Panas-panas nyam nyam rasa dia. :)

Sementara tu kita masak kuah dia dulu.


Bahan-bahan kuah:

Bawang merah (lebih banyak dari bawang putih)
Bawang putih
Halia
Serai
Cili kering
Santan

Cara-cara memasak kuah:

1. Kisar semua bahan di atas kecuali santan. Kalu nak kisar pon tak de masalah kan hihiih..
2. Masukkan semua bahan kisar dan santan ke dalam kuali. Jangan lupa hidupkan api pulak.
3. Masak dengan api sederhana dan kacau perlahan-lahan sehingga pekat. Jangan lupa juga asam/air asam jawa, gula dan garam.
4. Bila dah pekat dan masak, tutup api. Taraaa...sedia untuk dimakan dengan ayam tu.