Monday, November 28, 2011

AKU, MEREKA & KASIH...



This is a very special love that you can never see;
The reason it’s so special is it’s just for you and me.
Whenever you are lonely or even feeling blue;
You only have to hold this love and know I think of you.
You never can unwrap it, leave this love unscathed.
Just hold it close to your heart and know in love your bathed.



Bercintalah sepenuh hati...bahagiakanlah orang2 istimewa di sekeliling kita seperti hari ini adalah hari terakhir kita bersama..Untuk semua yang hadir dan pernah hadir dalam hidupku, aku takkan lupakan semua kenangan kita walau sepahit mana sekalipun. Itulah kenangan terindah yang pernah kita lakarkan bersama suatu ketika dahulu. Dan untuk mereka yang masih bersamaku, terima kasih untuk segala-galanya. Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kasih sayang yang kita ukirkan dahulu, saat ini dan akan datang. InsyaAllah. Aku sayang korang sumer...luv ya!

Wednesday, November 23, 2011

XDE KEJER...SUKE-SUKE...

Weekend aritu xde pape nak dibuat. Nak lipat kain yg da mengalahkan Gunung Kinabalu tu terasa berat lak tangan....ihihih...tgh tenung2 kain yg menggunung tu tetiba lak trasa nak test bakat terendam yg memang dah berkurun terendam tu...ihih..kebetulan anak2 pon da tidow..en.suami lak tgh layan tv or tv layan dia???.. xkisahlah..janji line clear..hihiihih.. . Aku pon dgn sepantas kilat capai t-shirt lama aku yg mmg da lama terperam kt almari tu. Dgn gaya ala2 profesional di tambah sikit ketekunan dan penuh tawadduk nyer aku pon memulakan projek aku. Konon2 la...ihihih..Apa lg ..zap..zap..zap...nah taraaa.....inilah hasilnyer.....ladies & gentlemans...now i am presenting you my first trial of sewing project... Mini Dress from my old t-shirt for my gurl...hiihh.. cantek x? xla cantik mana pon tp bolehla kan? kan? kan? heheheh...kira kembang-kuncup gakla hidung aku bila tunjuk kt en.suami...En.suami pon sengeh2 je la..buang tebiat agaknya bini aku ni...huhuuhhu...

 

hehehhe....mommy sayang kakak sgt2 tau! mmmmuahhh!!! Pada kawan2 yg ada idea atau tips yg lebih baik dlm bab ni, boleh komen atau tinggalkan jejak anda yer.....i really appreciate it! Tengkiu...:)

Monday, November 21, 2011

AKU, WARNA & ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ........

Hello buddies, tadi aku belek2 la blog aku..tgh xde pape nak dibuat jd aku pon buat2 la menyibukkan diri dgn benda alah ni...Aku tengok blog aku ni warna-warni la plak...mesti korang pikir aku ni cam budak2 kan sebab blog aku da macam pelangi x pon mcm kain yg jual kt jalan TAR tu...huhu...

Bercakap pasal warna ni teringat plak aku zaman2 dok study kt uitm dulu...alkisahnya ada la sorang lecturer aku ni..kalu x silap aku dia ni ngajar subjek Intro To Masscom..orangnya muda lagi time tu, kulit putih & berspek...nama dia...ermmm...xyah la aku sebut..kalu kwn2 aku tau la tu...hihihi...tp shhhhh....:) Yg paling aku ingat pasal lecturer ni dia suka sgt pakai tie yg kalerful..ada merah, ada kuning, ada hijau, biru pon ada...mmg complete la warna pelangi tu..tp time ngajor, aduss..mata aku ni asik nk tertutup je...tatau la org lain kan...uhuhuh...selalunyer bila tgk warna2 terang, mata kiter akan terbukak luas2 kn tp dgn dia ni aku mmg xbleh blah btul..asal dia bukak mulut je aku da selamat zzzzzzzzzzzzzzz....terapi warna tu mmg x berkesan langsung kt aku..kalu boleh tongkat dgn batang mancis mmg aku dah buat da.. seb bek x bley...huhu...lepas tu akhirnya...apa lg... hurmmmm...menapak la aku dgn adik2 junior n kwn2 seangkatan aku dok ngadap balik subjek tu skali lg...uhuhu..padan muke aku..letih beb kena ngadap balik...huuhuh. lepas tu aku xde nak tido2 lg dlm kelas..takut beb kena repeat paper lg..sengsara mak tau...ehheheh....

So adik2 syg, moralnya jgn tido masa lecturer @ cikgu tgh ngajar....hehehhe...tp skrg aku da xtido da..nak2 skrg ni ada budak 2 org tu...kompom x cukup nyer tido...xde nak sleeping2 beauty nyer...mana dan je lah...uhuhu...papepon renung2 kan & selamat beramal...babai...lots of love ya!

Monday, November 14, 2011

BINAAN-BINAAN YANG AKU KAGUM...

Hye kawan2...rasanya lama dah aku tak update blog aku ni....ni nk citer...pagi td ms on the way datang opis aku terpandang menara TELEKOM kt lembah pantai tu  & baru aku rasa ada something yg aku nk share dgn korang...:) Bagi aku bangunan ni adalah bangunan yg sgt2 unik, kreatif & tersendiri...tak de bangunan lain yg boleh menandingi menara tu walaupon dah beratus-ratus bangunan lain dibina....bagi aku laaa kn......neway tahniahla pd org yg dah mencetuskan idea pembinaan menara tu...:) dahla meh kiter tgk pic plak...

Menara TELEKOM


Satu lg menara yg buat aku kagum adalah Menara KLCC tu...Aku cukup suka tengok KLCC tu waktu malam...cantik sgt mcm kristal....indahnya....kalu ada doraemon blh aku amik simpan dlm kotak kaca buat hiasan kan...tp apakan daya...Nobita je yg ada kucing bijak tu...huuhuh...dahla xyah tulis byk2..pening pala aku...kita tgk gambor je la ek...hiihih...

KLCC

Bwh ni lg satu...heheh..mesti korang kenal sgt ni bangunan apa kn? hihiih...kt umah aku ada satu tp replika jak la...tabung je..ihihi..isi dalam cuma angin jek..hahha..nah tengok je lah gambar ni...menarik kan bangunan ni..lain dr lain...

Lembaga Tabung Haji Malaysia


Ni ada lg...Dulu menara ni dikenali sebagai Bangunan Yayasan Sabah. Masa kecik2 dulu kalu tengok tv ada promo pasal sabah mesti ada bangunan ni. Pastu ada orang berbaris panjang2 sambil pegang tangan pakai baju etnik masing2. Aku lupa da promo apa..maybe perpaduan kot. Masa tu mana ada org sebut 1Malaysia lg.Hhehehe...

Menara Tun Mustapha (Formerly known as Yayasan Sabah)

Dataran Helang
Yg ni memang aku suka gak...bg aku nmpk mcm terserlah kehebatan & kemegahan helang ni tp yg sedihnya aku xpenah jejak kaki pon kt Langkawi ni...huuhuh...Kesian kan? Huhuhu...

Friday, November 4, 2011

KETAM BATU VS KETAM NIPAH

Aku tulis post ni sebab ada yang keliru antara ketam batu & ketam nipah/bakau. Jadi aku pon selak2 la kt website. So ini adalah kesimpulan yang aku dapat. Kat sini ada aku sertakan pic kedua2 jenis ketam supaya senang dibezakan antara ketam batu & ketam nipah.

Actually alkisahnya macam ni...ada sedikit kekeliruan passl ketam ni di kalangan orang2 di sekeliling aku  yang membuatkan aku pon waswas gak. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan, aku tanyalah bapak aku ketam mana blh makan & ketam mana yg takleh makan. Menurut bapak aku ketam yg takleh makan tu badan dia bulat xde tajam2 tu...legaa hati aku....hehehhe...tp disebabkan masih tak puas hati, aku cari lagi kat internet...jadi inilah hasilnya...tapi kalu korang nak lagi jelas, tanyalah yang lebih pakar...hiihihi..:D

Kite tengok ketam nipah/bakau dulu...


Ni ketam bakau...orang Semenanjung panggil Ketam Nipah.

Now, saya persembahkan ketam batu plak...:D


Lain kan?? Ketam batu ni serupa sangat dengan labah2 kan? Aku ni tak suke labah2. Jadi gambar ni sedikit sebanyak menegakkan bulu tengkuk aku...huhuhu...tapi aku tabahkan hati jugak sebab nak tunjuk perbezaan dua ekor ketam nih...

 La ni plak, kiter tengok perbezaan dia ek..korang bandingkan dengan pic ketam kecik 2 ekor tu...Pic ni aku jumpe kt blog orang lain. Maaf ye tuanpunya blog..ini je gambar terbaik yg saya jumpe..:)

1. Ketam nipah / bakau ni bernafas menggunakan insang...kalau cengkerang di buka, akan terdapat insang lembut kat tepi kiri-kanan. Ketam nipah ni boleh hidup tanpa air selama 2 hari je...sebab bila insang kering, dia akan mati...ketam batu plak takde insang ni. Ketam batu seperti katak dan reptilia dua alam, bernafas menggunakan paru2. So, ketam batu boleh hidup berminggu kat darat. Atas dasar biologi inilah beberapa fatwa dikeluarkan bahawa ketam nipah / bakau halal bagi umat Islam manakala ketam batu haram. Boleh le korang rujuk mana2 website agama untuk mendapatkan fatwa ini.

2. Kaki belakang sekali ketam nipah / bakau ni berbentuk leper untuk tujuan berenang, kerana ia hidup dalam air. Manakala ketam batu tidak memiliki kaki sebegini. Kaki terakhir ketam batu sama seperti kaki yang lain (tajam) untuk membolehkannya hidup di darat. Sebab tu juga ketam batu ni kalau kat Sabah pandai panjat pokok kelapa! Manakala satu perbezaan lagi ialah matanya. Mata ketam Nipah / bakau ni pendek seperti ketam bunga atau kat sabah kita panggil ketam suri. Ketam batu pula memiliki mata panjang seperti wiper kereta yang terlipat di sebelah kiri dan kanan. Kalau kat darat, mata ketam ni akan terlipat. Tetapi ketika berada di air, mata ni akan keluar kalau di air cetek (badannya dalam air...mata ni akan keluar dari air...macam teropong kapal selam...tujuannya meninjau makanan dan musuh. Mata ni kalau ketam batu dewasa berukuran lebih kurang 2-3 inci....

3. Rujuk gambar ni..
Godek punyer godek kat internet, akhirnye aku jumpe la pic2 ni. Maaf ye tuan punya blog...ihihih....

Abis tu, bila da tgk ni, apa lagi jomla kiter pekena dulu...



Ni jela yg dapat aku kongsikan kali ni...kalu ada info lain, nnt aku akan update lg ye...selamat membaca...tatatititutu....:D

Wednesday, November 2, 2011

AIR TANGAN ORANG TAK SOLAT

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali (1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh (3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.



Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.



Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

 


*Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

**Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”.

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.