Selamat pagi kawan2..Selamat hari rabu.....Apa khabar hari ni? Aku harap korang seme sihat2 sokmo la hendaknya...Pagi ni aku nak citer pasal resepi hari ni..Beberapa bulan lepas, family dari Sabah ada berkunjung ke rumah kerana menghadiri kenduri kahwin sepupu belah encek suami. Suatu malam tu, dorang masak tuk dinner.Aku ni kalu nak masak tuk ramai orang, nervous sikit..bukan apa dah biasa masak tuk tekak 2-3 org je...hehehhe.. Sedap giler ayam yg dorang masak tu...manis2 gitu..garing lak tu..Aku tanya husband aku camana dorang masak ni tp dia suh aku tanya sendiri..Alamak malu la plak nak tanya. Heheheh...
Baru2 ni ada kontek sepupu ni di Muka Buku..barula aku tanya camana resepinye...So malam tadi aku pon mempraktikkan la ilmu yg telah diperoleh tu...Alhamdulillah menjadi & dapat pujian lg dr encek suami...pastu siap suh jadikan menu wajib masak sekali seminggu..sebab kononnya sama dgn masakan dekat Sabah...hiihihih..aku gitau la dia..mmg la sama dgn masakan Sabah sbb resepi tu aku mitak dgn sepupu dia..heheh..terus dia senyum n cakap "patutla"...ihihih..Apaepon, syukurla sbb dpt gak masak lauk yg dia rindu nak makan...almaklumla..skill memasak aku sgt terhad pd lauk tertentu sj..so skrg tambah la lg satu ilmu masak aku...syukur...
Tak nak panjang cerita, meh la intai2 resepi kat bawah ni...heheh..rajin2 lah mencuba ye..:)
Bahan-bahan:
Ayam
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar (potong dadu)
Lada putih
Kunyit
Sos cili
Sos tomato
Kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Biji pelaga
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
Cara-cara:
1. Perap ayam dengan lada putih, kunyit dan garam selama 1/2 jam..Aku perap x smpi setengah jam pon sbb
nk cepat..heheh
2. Panaskan kuali. Goreng ayam yang da diperap tp jgn terlalu garing. Cukup sekadar masak n perang
warnanya. Angkat dan ketepikan.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih (ditumbuk) bersama dengan rempah ratus (cengkih, kayu manis,
pelaga, bunga lawang) hingga naik bau.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato serta bawang besar. Kacau sekejap. Barulah masukkan ayam tadi.
Gaul rata.
5. Masuk garam & gula. Pas tu rasa lah. Kalu da cukup perasanya, siap!
6. Hidangkan ler..pastu apa tunggu lg..makan la dgn nasi panas2..nyum..nyum..ehemm..jgn lupa basuh tangan
& baca Bismillah ye..
Selamat mencuba..pasti terangkat..:)
Wednesday, April 25, 2012
Tuesday, April 24, 2012
NASI GORENG KERABU
Assalamualaikum kawan2..Agak lama aku x mencorat coret kt ruangan ni kan? Bukan malas tp kerana kekangan masa di pejabat mahupun di rumah yg agak tidak mengizinkan. Baru2 ni bos kami yg agak garang tu ada la bagi bunga kantan kt kitorang...Actually dia bagi dr last week lg tp memandangkan kitorang terlampau tekun bekerja & berpesbuk membuatkan kitorang lupa tentang kehadiran bunga-bungaan tu..heheh..Semalam masa kitorang breakfast berjemaah, barulah masing2 pakat ambik bungan kantan tu. Aku pon amikla gaks..konon2 nk wat nasi goreng kerabu mcm feberet aku tu..So..xnak ckp banyak, jenguk2 la resepi kt bawah ni...tu nasi goreng kerabu style aku la...hehehhe...selamat mencuba....
Bahan-bahan:
Bawang Merah (Tumbuk)
Nasi Putih
Isi Ayam
Bunga Kantan
Serai
Timun
Kacang Panjang
Kobis
Telur
Garam
Cara-cara:
1. Tumis bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil2. Goreng hingga ayam empuk.
3. Masukkan telur. Kacau slowly.
4. Masuk plak nasi putih & seterusnya masuk semua sayur-sayuran yang telah dihiris nipis tadi tu. Gaul
seketika.
5. Taruk garam & gaul rata....pastu rasa la.
6. Siap! Boleh la dimakan panas2...
Bahan-bahan:
Bawang Merah (Tumbuk)
Nasi Putih
Isi Ayam
Bunga Kantan
Serai
Timun
Kacang Panjang
Kobis
Telur
Garam
Cara-cara:
1. Tumis bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil2. Goreng hingga ayam empuk.
3. Masukkan telur. Kacau slowly.
4. Masuk plak nasi putih & seterusnya masuk semua sayur-sayuran yang telah dihiris nipis tadi tu. Gaul
seketika.
5. Taruk garam & gaul rata....pastu rasa la.
6. Siap! Boleh la dimakan panas2...
Monday, April 2, 2012
SAMBAL GESEK
Tibo-tibo lak den raso nak makan selero nogori lak. Tapi malas nak masak yang berat2. Teringat lak lauk yang housemate den ajar maso den dok monotap kek soromban dulu. Bolehla kot buek lauk sampingan heheheh...Asyik makan sambal belacan pon boring gak kan...mehla cuba wahai kawang2 ku...ihihih
Bahan-bahan:
Ikan Bilis
Cili Api
Limau Kasturi
Cara-cara:
1. Tumbuk ikan bilis dan cili api..Tak perlu sampai lumat nnt x best lak..tumbuk ala-ala jek..hehe
2. Perah limau kasturi.
3. Siap! Bolehla makan dgn nasi putih panas2..hehehhe..nyum..nyum..
Bahan-bahan:
Ikan Bilis
Cili Api
Limau Kasturi
Cara-cara:
1. Tumbuk ikan bilis dan cili api..Tak perlu sampai lumat nnt x best lak..tumbuk ala-ala jek..hehe
2. Perah limau kasturi.
3. Siap! Bolehla makan dgn nasi putih panas2..hehehhe..nyum..nyum..