Ayam Bakar Bijan Simple Giler sebab aku main taruk je pape yang ada kat dapur tu... malas nk belek2 resepi kat internet campur malas nk pikir2 lagi dah...aku rasa mcm oke je tp tatau la korang...heheh..sesape yg ada resepi ayam ni yg lagi best, boleh la kongsi2 ye..kalu sudi..hehhe..bulehla aku meningkatkan lg skill memasak yg x seberapa nan hadooo je nih...hehehhe...
Bahan-bahan Perapan:
Ayam
Bijan - goreng jap
Minyak bijan
Bawang putih
Lada sulah - sikit je
Garam
Cara-cara:
1. Perap ayam dengan semua bahan2 perapan sekurang2 nye setengah jam.
2. Lepas setengah jam, bolehla bakar ayam sampai masak.
3. Masa nak bakar tu, tabur la sikit bijan atas ayam tu.
3. Siap!
Simple & cepat je kan? heheheh...Selamat mencuba!
Friday, February 24, 2012
MEE HAILAM ODEY PETRA
Mee hailam ni actually encek suami aku yg masak. Dia memang suka bab masak2 ni. Kalu agak2 rasa penat or malas nak masak tu, bolehla gilir2 dgn dia tuk masak. yg paling best kalu dia cakap, "Malam ni abg nak masak. Sayang jgn kacau. Jaga anak diam2..." heheheh...aku apalagi, senyum kompom smpi telinga....heheh...meh la kita tgk resepinya...kalu rajin tu, blh la cuba ye...kompom sedap. Nak2 kalu ditambah dgn keikhlasan dan masak dgn penuh kasih sayang...hahahha...
Bawang putih - tumbuk
Bawang merah - tumbuk
Carrot
Sawi
Ayam
Mee
Kicap pekat
Kicap cair
Air
Kayu manis
Minyak untuk menumis
Garam
Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan kulit kayu manis.
2. Masukkan ayam. Tutup periuk dan biar ayam separuh masak.
3. Bila ayam sudah separuh masak, masukkan kicap pekat dan kicap cair. Baru masuk air untuk kuah.
4. Bila dah mendidih barulah dimasukkan carrot dan sawi. biarkan seketika dan tutup api.
5. Siap sudah. Bolehla makan dgn mee tu..
Selamat mencuba kawan2...:)
Monday, February 20, 2012
AYAM 4A (AYAM ALA AYU AYOI)
Bahan-bahan:
Ayam
Bawang Merah
Halia
Cili Boh
Daun Limau Kasturi
Serai
Air
Sos tomato
Sos cili
sos tiram (xnak masuk pun xpe)
Kicap pekat (sikit je nnt rasa jd lain)
Minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
1. Tumis bawang merah & cili boh hingga naik bau.
2. Masuk ayam. Biarkan hingga ayam separuh masak. Masuk air sedikit sahaja.
3. Masuk sos tomato, sos cili, sos tiram, serai & biarkan seketika.
4. Masuk daun limau purut yang dipotong halus.
5. Angkat bila da masak. Hidangkan & sedap dimakan dengan nasi panas2...Jgn sampai melecur lidah udah la ye...hiihi..
Selamat mencuba...:p
Tuesday, February 7, 2012
AYAM KUZI
Hari ni aku nak berkongsi dgn korang resepi Ayam Kuzi. Actually aku bukannya pandai sgt masak..takat ikut buku tu boleyla..hehehe...Keinginan untuk memasak dan mencuba pelbagai resepi ni terjadi sebenarnya sebab aku da boring asik masak benda yang sama je..kalu g makan kat kedai pon, itu je lauk pauknyer...heheh...Lagipun, kata orang tua, kalau nak tambat hati suami, kena lah tambat perutnye jugak...ehhee...Jadi xsalah rasanya kalu kita belajar masak macam2 kan? heheh..oklah, da panjang ni nanti resepi kemana aku ke mana..so korang jenguk2 la resepi kat bawah ni ye....kalu rajin, cubala...resepi ni aku dapat dr majalah RASA...heheheh..:)
AYAM KUZI
Bahan A:
1 ekor ayam
6 ulas bawang putih (dikisar lumat)
3 cm halia (dikisar lumat)
Garam, lada sulah, gula secukup rasa
BAHAN B:
2 batang kulit kayu manis
4-6 kuntum bunga cengkih
3 tangkai cili kering (dikisar lumat)
15 biji lada hitam (dikisar lumat)
1 sudu teh jintan manis (dikisar lumat)
1 sudu teh jintan putih (dikisar lumat)
1/2 sudu teh serbuk buah pala
3 cm halia (dikisar lumat)
3 cm lengkuas (dikisar lumat)
1 batang serai (dikisar lumat)
BAHAN C:
4 sudu makan sos tomato
450 gram minyak sapi
200 ml susu cair
12 ulas bawang merah (goreng dan kisar lumat)
12 biji tomato (potong dadu)
Jus limau dari 2 biji limau
Kismis dan badam untuk hiasan
Minyak masak
CARA-CARA:
1. Gaul kesemua Bahan A hingga rata dan sebati. Perap selama satu jam.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng perapan ayam hingga keperang-perangan. Ketepikan.
3. Menggunakan sedikit lebihan minyak menggoreng ayam tadi, tumiskan Bahan B yang dikisar dan
selebihnya hingga wangi.
4. Masukkan pula Bahan C dimulai dengan sos tomato, minyak sapi, bawang goreng, susu cair, jus limau dan
ayam goreng tadi. Didihkan hingga semua bahan masak dan sesuaikan rasanya.
5. Angkat dan hidangkan di dalam pinggan, taburkan dengan bahan hiasan.
Itu saja, selamat mencuba..:)

Monday, February 6, 2012
DAPURKU BERASAP..:)
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kuucapkan padamu kerana sudi membelek2 blog ku...heheheh....hye kwn2...agak lama rasanya aku x update blog aku ni...busy sket lor..so di kelapangan hari ni cuti ke3 sempena maulud nabi SAW, (anak2 pon tgh tido)..hari ni aku nk share beberapa masakan yg telah aku belajar sejak da naik pangkat jd bini org, mak org ni...heheh...kata org nampak menyelerakan..rasanya apatah lagi...hahahah...mehla kita nikmati pemandangan yang mungkin menggegarkan perut korang...hahahaha..hari ni aku nak share resepi Ayam Bakar Mayonis & Ikan Singgang, masakan tradisional tanah tumpah darahku, Kelantan...harap2 dapat memberi info pada yang baru berjinak2 dlm dunia chef mcm haku ni...tp aku chef tuk husband n anak2 je boleyla....hihiihi..Jemput la terus membaca ye kengkawang...:)
P/s: Cuma satu je pesanan aku, sukatan tu korang kena agak2 sendiri la yer sebab aku pon main agak2 je. Sebab tu aku x letak sukatan untuk semua bahan2 tu. Kalu buat kek atau kuih, baru aku ikut sukatan yang ditetapkan. Hehehehe....Jangan marah yer...:)
IKAN SINGGANG
Bahan-bahan:
Ikan ( apa2 ikan boleh tp yg paling best ikan tongkol)
Bawang putih (Hiris..kalo malas, ketuk je..hihi)
Lengkuas (Hiris)
Gula Melaka
Cili besar
Cili api (kalo nak pedas)
Asam keping
Garam secukup rasa
Cara Masak:
1. Bersihkan ikan dan toskan.
2. Sediakan air di dalam periuk. Masuk bawang dan lengkuas. Biarkan mendidih.
3. Bila dah mendidih, masukkan ikan, dan cili besar.
4. Masuk plak gula melaka, asam keping dan garam. Rasa la cukup x masam & masinnya. Kalo nak pedas,
tambah ler cili api tu..
5. Agak2 ikan dah masak, tutup ler api nyer..Siap daaa..
6. Apa lagi, makan laaaa...
AYAM BAKAR MAYONIS
Bahan-bahan:
Ayam
Lada sulah
Serbuk kari ayam
Serbuk kunyit
Sos cili
Mayonis
Garam
Serbuk cili (kalu nak pedas)
Cara-cara:
Yang ni senang jer...Campur semua bahan2 tu. Perapkan sekurang2 nya selama 1 jam. Lepas tu bakar la sampai masak...ehhehe..
SOS LADA HITAM
Bahan-bahan:
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Lada hitam (ditumbuk @ dikisar halus)
Sedikit air
Garam secukup rasa.
Cara-cara:
1. Masak semua bahan-bahan ni dalam kuali sehingga sebati. Bila korang rasa dah sedap, bolehla diangkat dan dihidang dgn ayam bakar tu..
Sekian dulu tuk hari ni. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera..